Wednesday 11 October 2017

Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Ittfaqiyyah: Satu kemalangan atau angkara manusia semata-mata ?


Tajuk : Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Ittfaqiyyah: Satu kemalangan atau angkara manusia semata-mata ?

Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Dato Keramat, Kuala Lumpur telah ditubuhkan pada tahun 2002. Pada awal penubuhannya, bilangan pelajar mempunyai seramai 40 orang yang terdiri dari kalangan keluarga miskin dan pusat tahfiz ini diusahakan oleh orang perseorangan di atas lot tanah yang beralamat di No.75, Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, 54000 Kuala Lumpur. Pada masa ini, jumlah pelajar pusat tahfiz tersebut adalah seramai 50 orang pelajar lelaki yang berumur antara 10 hingga 18 tahun. Pelajar yang tamat pengajian boleh menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di institusi luar negara mahupun dalam Malaysia. Pusat tahfiz tersebut mengutamakan hafazan Quran dan pengajian kitab-kitab turath yang diajar oleh enam orang tenaga pengajar menggunakan kaedah hafazan Darul Ulum Deoband. Dan kini dipercayai bahawa, pusat tahfiz ini adalah salah satu pusat tahfiz yang tidak berdaftar. Itu hanyalah serba sedikit berkenaan latar belakang atau sejarah Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

Namun baru-baru ini iaitu pada 14 September 2017, Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah telah mengalami kebakaran yang sungguh dasyat hingga telah meragut beberapa nyawa insan dan lebih malang, seringkali berlaku kematian kepada anak-anak kecil yang belum mengerti makna kehidupan. Isu ini sememangnya mendapat perhatian sehingga memberi kesan kepada semua pihak. Kebakaran bangunan asrama pusat tahfiz ini juga adalah antara kebakaran terbesar melibatkan kematian yang tinggi di negara ini iaitu seramai 23 orang termasuk dua guru pusat tahfiz tersebut terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga banglo berkenaan yang menempatkan asrama pelajar. Dalam kejadian tersebut 21 pelajar lelaki berumur 13 hingga 17 tahun dan dua orang guru yang juga warden asrama maut kerana lemas akibat terhidu asap.  manakala tujuh lagi menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur berikutan kebakaran yang dipercayai berpunca daripada litar pintas. Namun, punca tersebut belum disahkan kesahihannya lagi. Disini timbullah satu persoalan iaitu “adakah kebakaran pusat tahfiz tersebut merupakan satu kemalangan atau angkara manusia semata-mata ?”.

Difahamkan bahawa punca kebakaran tersebut berpunca daripada lintas pintas.  Kebakaran litar pintas itu dipercayai berlaku di hadapan pintu masuk bilik asrama tingkat paling atas bangunan tiga tingkat. Perkara itu berkemungkinan berlaku kerana mayat-mayat pelajar dan guru tahfiz ditemukan di bahagian kiri dan kanan bilik asrama tingkat tersebut. Pusat tahfiz tersebut hanya mempunyai satu pintu keluar masuk dan menyebabkan sebahagian penghuni terperangkap serta gagal menyelamatkan diri. Keadaan tingkap di pusat tahfiz berkenaan juga tidak mempunyai aspek keselamatan yang membolehkan ia digunakan untuk kecemasan. Tambahan pula, kemungkinan besar litar pintas berkenaan telah usang atau telah lama tidak diselenggarakan. Namun, Misteri penemuan dua tong gas kuning di koridor luar pintu bilik asrama Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah dan keadaan litar elektrik pada suis utama bangunan pusat tahfiz itu adalah di dalam keadaan baik . Hal ini telah menimbulkan persoalan (?) kepada semua pihak.

Teka-teki di sebalik kejadian kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah Kampung Dato Keramat telah terungkai dengan penahanan tujuh remaja luar yang telah disyaki berdasarkan bukti yang diperolehi daripada pelbagai sumber. Dikatakan apa yang berlaku menjurus kepada perbuatan khianat dan balas dendam remaja luar terhadap pelajar pusat tahfiz tersebut kerana ketidakpuasan hati. Beberapa hari sebelum kejadian, pelajar tahfiz ada mengejek tujuh remaja yang menghisap dadah di kawasan Taman Tasek Datuk Keramat. Susulan dari itu, tujuh remaja itu berdendam dengan pelajar tahfiz dan akhirnya membelas dendam dengan cara melakukan keganasan dengan membakar pusat tahfiz tersebut. Dipercayai kebakaran disebabkan oleh api yang dicucuh menggunakan petrol yang disimbah pada beberapa bahagian bangunan itu memyebabkan api cepat merebak. Setelah disiasat berdasarkan bukt-bukti yang ada akhirnya persoalan tersebut telah terjawab hasil daripada siasatan, kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah adalah dibakar dengan sengaja iaitu angkara manusia kerana dendam atau ketidakpuasan hati remaja luar terhadap pelajar pusat tahfiz berkenaan. Para pelaku iaitu remaja luar telah pun menerima hukuman yang setimpal dengan perbutaan yang telah mereka lakukan. Mereka didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
  
Namun pada pendapat saya, satu kemalangan atau angkara manusia itu hanya penyebab berlakunya kebakaran tersebut, sebagai manusia yang berfikiran matang atau umat islam yang hidup berlandaskan agama islam haruslah menerima takdir yang telah ditentukan dengan hati yang terbuka. Tidak dinafikan kesedihan pasti ada jika kehilangan insan yang disayangi. Semestinya dalam setiap kehidupan pasti ada kesedihan dan kegembiraan dan itulah yang dinamakan warna-warni kehidupan. Walau bagaimanapun, jadikan ini sebagai satu pengajaran dalam kehidupan agar lebih berhati-hati dalam perancangan kehidupan akan datang. Para pelaku atau penyebab berlaku kebakaran tersebut haruslah sedar bahawa perbuatan mereka adalah salah bukan sahaja pada pandangan masyarakat malahan pada pandangan Allah juga. Setiap perbuatan jahat akan mendapat balasan yang setimpal dengan perbuatan yang mereka lakukan.

Tragedi kebakaran yang menimpa pusat-pusat tahfiz di Malaysia kerap kali berlaku. Antaranya ialah Pondok Pak Ya, Guar Chempedak pada tahun 1989. Siapa mampu melupakan tragedi Madrasah Taufiqiah Al-Khairiah, pada 22 September 1989? Kebakaran asrama perempuan madrasah yang terletak di Guar Chempedak itu mengakibatkan 27 orang pelajar maut. Difahamkan punca kebakaran adalah api dari lilin yang dipasang untuk menerangi bilik asrama. Jenazah mangsa dikebumikan di tanah perkuburan khas yang dinamakan '27 Syuhada Peristiwa Kebakaran Pondok Pak Ya'. Selain itu, Maahad Tahfiz Al Barakah, Tikam Batu pada tahun 2013 Pelajar pintar, Aiman Nurhakim Yahya, 13, gagal menyelamatkan diri dalam kebakaran yang berlaku di salah sebuah asrama. Kejadian jam 2 pagi 15 Jun 2013 itu turut mengakibatkan dua lagi pelajar cedera. Kejadian berlaku dipercayai akibat litar pintas. Seterusnya, Maahad Tahfiz Jamiul Hasanah, Tanjong Karang pada tahun 2015. Kira-kira 95 peratus bangunan dua tingkat asrama dan bilik kuliah hangus terbakar dalam kebakaran pada 8 Ogos 2015 itu. Tiada kemalangan jiwa kerana kesemua pelajar menghadiri majlis jamuan hari raya. Litar pintas dikenal pasti sebagai punca. Begitu juga dengan Madrasah Tahfiz Al-Redzuan, Dengkil pada tahun 2016. Dalam kejadian pukul 8.15 malam itu, bangunan dua tingkat yang menempatkan asrama dan dewan makan terbakar. Tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana pelajar berada di masjid. Akhir sekali, SMA As-Siddiqiah Al-Islamiah, Naka juga pada tahun 2016. Seramai 170 pelajar berdepan detik-detik cemas apabila dua bangunan asrama yang turut menempatkan surau terbakar dalam kejadian kira-kira pukul 5 petang itu. Mereka berjaya menyelamatkan diri namun gagal menyelamatkan harta benda kerana api marak dengan cepat. Nilai kerugian dianggarkan mencecah RM1 juta. Kesemua pusat-pusat tahfiz tersebut telah meragut nyawa.
Walaupun bagaimanapun, pendidikan tahfiz di Malaysia harus diterusakan bagi mengenang jasa usaha-usaha yang dijalankan oleh golongan terawal dalam bidang pendidikan al- Quran khususnya bidang tahfiz menjadi platform kepada perkembangan pendidikan tahfiz pada zaman kini. Sebagai contoh, Malaysia masih menganjurkan Majlis Musabaqah al-Quran di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Manakala Darul Quran merupakan simbol institusi pengajian tinggi al-Quran yang dihormati serta telah menghasilkan ribuan hufaz. Diharap tragedi yang menimpa pusat-pusat tahfiz dapat menjadi pengajaran dan panduan kepada pelbagai pihak agar tanggungjawab untuk memacu pendidikan tahfiz terus diperhebatkan.

Kesimpulannya, satu kemalangan atau angkara manusia, itu hanya penyebab kematian mangsa-mangsa kebakaran tersebut. Jika Allah berkata sesuatu kejadian akan berlaku, maka berlakulah ia. Sesungguhnya setiap yang bernyawa pasti akan menemui kematian, samaada cepat atau lambat. Begitulah dengan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Ittfaqiyyah dan pusat-pusat tahfiz yang lain yang telah meragut nyawa saudara-saudara seislam kita. Dan kita yang masih bernyawa harus terus berusaha untuk terus memperkasakan pendidikan tahfiz di Malaysia pada hari dan selamanya.

Innalillahwainnahirajiun, Alfatihah kepada mangsa Tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Al-Ittfaqiyyah dan pusat-pusat tahfiz yang lain.



Bibliografi

1. Mohd Hairudin dan Kamarul Azmi (2012). Sekolah Agama Di Malaysia: Sejarah, Isu & Cabaran. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

2. Mohd Yusof Ahmad (2015). Institut Pendidikan al-Quran di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

3. Nordin Ahmad (2015). Memperkasa Darul Quran ke Arah Memartabat Pendidikan tahfiz di Malaysia. Simposium Pendidikan Tahfiz Nusantara, 1-3 Jun 2015.

4. Wan Muhammad A. Aziz (1997). Pengurusan Ma'had Tahfiz al-Quran: Pengalaman Darul Quran JAKIM. Jurnal Darul Quran, Bil. 3, Jun 1997.

5. METRO, Khamis, 14 September 2017 @ 12:30 PM, Litar pintas dipercayai punca kebakaran. Kuala lumpur.

6. BERNAMA, September 14, 2017 @ 19:07, Kebakaran pusat tahfiz bukan kerana litar pintas - Bomba. Kuala lumpur.

7. Bh online. Khamis, 28 September 2017 @ 2:25pm. 2 remaja didakwa bunuh 23 penghuni pusat tahfiz. Kuala lumpur.


#SEBAGAIRUJUKAN 
#PEMIKIRANKREARIFDANKRITIS

BY_CIKSCHA94
































BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts