Friday 7 December 2018

BBM3410/18 : Facebook

Assalamualaikum hai semua... 

Lama tak update blog ye... Sebab prof tak bagi tugasan lagi sebab tu tak update... Haha,  ok tak kelakar. 

Tapi kawan-kawan,  kali ni prof bagi tak kena pada masanya... Tapi,  Sis kena redha walaupun banyak kerja tetap juga kena siapkan... Huhu

Prof suruh kami post dua gambar yang ada muka prof (prof nak femous, saya tahu itu prof)  and then, buat caption berkenanan pengalaman Atau komen berkenaan kelas Prof ni,  MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 

Dan gambar kat bawah ni bukti bahawa saya dah tunaikan tugasan Prof dalam kesibukan (hanya diri ini yang faham).  Dan paling penting, bukti bahawa saya REDHA. 




SEKIAN DARI SAYA....  

Wednesday 5 December 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah merupakan salah satu teknik merakam video.  Pengambilan video ini hanyalah memerlukan tubuh badan tanpa wajah. Video ini kenalah ada jalan cerita mengikut lagu yang telah ditetapkan.  Jalan cerita haruslah adalah mesej dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh penonton.

Ciri - ciri video tanpa wajah ialah :
1. Fokus pada tubuh badan tanpa wajah
2. Ada jalan cerita mengikut lagu
3. Menarik
4. Ada mesej dan pengajaran yang dapat diperolehi.

BBM3410/18 : Video One Shoot



Video one shoot merupakan salah satu cara atau teknik dalam mengambil atau merakam sesuaru video.  Keadaan ini merupakan pengambilan merakam video terhadap satu keadaan atau satu objek. Pengambilan video one shot juga merukan pengambilan gambar atau video yang fokus terhadap satu objek sahaja. 

Kamera atau alat untuk merakam video tersebut akan berada di hadapan dan tidak akan beranjak dari tempat asal sehingga proses merakam video tersebut selesai. Manakala, orang yang berada di dalam video tersebut kenalah memainkan peranan masing-masing supaya video tersebut nampk berfungsi dan menarik perhatian orang ramai, dan yang paling penting memenuhi ciri-ciri none shot. 


Teknik pengambilan atau proses merakam video tanpa menggerakkan kamera atau bapa sahaj alat unrtuk merakam, hanya cukup objek yang bergerak. Terdapat tiga ciri-ciri teknik pengambilam video tersebut iaitu:
1.  Objek bergerak sejajar dengan kamera
2.  Walk In : Objek bergerak mendekati kamera.
3. Walk Away : Objek bergerak menjauhi kamera.


Terdapat jenis jenis dalam teknik pengambilan video tersebut antaranya :

1. One shot one layer
2. One shot two layer 
3. One shot three layer

Layer bermaksud keadaan yang bergerak yang berada dalam video tersebut. 

BBM3410/18 : Papan Cerita (e-majalah)


e-majalah merupakan salah satu media bacaan yang digunakan oleh manusia untuk memenuhi keperluan untuk mendapatkan maklumat. e-majalah juga membantu dalam melicinkan proses pemasaran. 

Terdapat bahagian-bahagian dalam e-majalah, antaranya :

1.  Muka hadapan
2.  Sidang 
3.  Halaman isi
4.  Kulit belakang


BBM3410/18 : Nota Asas Grafik

Asas grafik merupakan perkara asas dalam mempelajari seni grafik. Grafik merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, perkataan, angka, lakran dan lukisan yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan sesuatu konsep atau idea.  Grafik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap suatu maklumat. Contoh penggunaan grafik seperti dlam pengiklanan. Grafik terdiri daripda lima ciri iaitu: 

1. Mudah 
2. Kesesuaian
3. Teks  
4. Warna 
5. Keseimbangan  

Dalam pembelajari seni grafik ciri-ciri tersebut perlulah dikuasi terlebih dahulu. Proses menghasilkan grafik memerlukan bahan-bahan seperti berikut :

1. Majalah terpakai
2. mounting board saiz A4
3. Gunting
4. Gam stick
5. reben
6. Puncher

Thursday 15 November 2018

BBM3410/18 : Proses buat Kalendar dalam Adobe Photoshop

Assalamualaikum

Hari ni Kelas Multimedia dalam Bahasa Prof buat atas talian😊. Kami diberi Tugasan iaitu rekod video "Proses atau cara-cara buat Kalendar dalam Photoshop".

Dalam proses rekod video tu bukan mudah tau... Haha, banyak juga cabaran yg sungguh menguji tahap keimanan ni, Alah maklumlah ini first time buat toturial kot πŸ˜… (cehh, toturial kauπŸ˜†), makan masa lama jugalah nak siapkn,  Dan agaknya banyak kali rekod kot sbb tak mnjadi, tipulah kalau tidak rasa fed-up, Tapi demi prof, tetap ku gagahi sehingga Siap... Percubaan demi percubaan ku buat. Alhamdulillah, Akhirnya dpt juga disiapkan dengan jayanya.

Dan di bawah ini adalah hasilnya

Selamat menonton guys πŸ€—πŸ˜ŠπŸ˜…πŸ˜†


https://youtu.be/YpGQzDWurkA 

Sorry lah video tak berapa nak ok... Maklumlah saya budak baru belajar kalau salah tolong diamkan ( sbb ini untuk Tugasan je) πŸ˜…

Ok lah guys... Smpai sini je lah ye. Jumpa di next post.

Tuesday 13 November 2018

BBM3410/18 : My Twitter Story πŸ˜πŸ˜‰✌

Assalamualaikum ... 

Hai korang, sihat kee tidak ?   Harap sihat lah ye dan sentiasa happy jalani kehidupan yang penuh dengan kemisterian ni, Opss apa kena mengena dengan tajuk pula ...ahahaha

Ok korang... 

Kali scha nak cerita pasal akaun twitter scha tau... Alah mesti korang dah tau kan, sebab scha dah tulis kat tajuk tu. hihi, sajooo nak panjangkan post scha nie dan supaya korang baca tak lah bosann. 

      

Ok gambar pertama adalah tentang follower dan following, setakat ni scha ada follower sebanyak 65 dan following sebanyak 78. Sebelum itu, untuk pengetahuan kawan-kawan ini adalah akaun scha yang kedua, akaun pertama scha dh padam, haaa padam ?! ... kenapa padam ? emmm sebenarnya scha nie tak berapa suka main aplikasi twitter nie, tapi disebabkan subjek multimedia dan Prof suruh buka akaun twitter maka scha pun buatlah...  walaupun terpaksa , opsssss, sorry Prof, sis redha Prof. 

Ok manakala gambar kedua pula adalah Profile twitter scha, nama scha (scha guna nama sebenar supaya senang Prof cari dan kenal pasti ini akaun twitter saya), gambar profile pula tu scha letak juga gambar scha bersama Prof (dengan harapan prof bagi markah penuh, bagi saya A ye Prof) hihi. 



Macam biasalah, salah satu kegunaan aplikasi pada masa sekarang adalah salah satu tempat untuk meluahkan perasaan. huhuhu... Gambar 4 dan 5 tu, scha luah perasaan, sikit je  tak banyak pun dan xde kaitan dengan sesiapa pun. 

Dan paling penting, gambar ke 6, scha retweet post kawan scha iaitu c Qinaa, postnya adalah berkaitan kepentingan mengikuti kelas Prof. Scha setuju dengan statement c qinaa nie sebab iyalah pada zaman sekarang nie, persaingan sangat sengit dan paling penting sekarang adalah zaman IT so ilmu IT itu haruslah dikuasi bagi memudahkan kita pada masa akan datang. 


 

Dan gambar-gambar seterunya pun adalah berkaitan luahan perasaan scha dan ada juga post scha tentang cara untuk scha sedarkan diri daripada terus leka untuk jalani tanggungjawab sebagai seorang pelajar tahun akhir, buat PITA lah apa lagi. (Scha tau lah, nanti scha buat juga, emmm )

Gambar kedua terakhir itu, adalah sempena kumpulan scha di puji oleh Prof kononya, adalah salah satu daripada kumpulan yang terbaik dalam pembentangan Video One Shot. Kumpulan Scha ambil lagu Syinta Gila by Safiey Illias dan alhamdullilah menarik perhatian Prof ( itu yang paling penting).

Dan gambar terakhir itu, adalah tentang post scha mengenai kesedaran scha supaya tidak leka, alhamdulillah scha dah sedar, hahaha... dan post itu juga untuk kawan-kawan seperjuangan scha. 

Ok sebagai kesimpulannya, buat masa sekarang post scha tak banyak. Namun ada juga post scha  yang bermanfaat pada diri scha dan kawan-kawan... InshaaAllah... Amin 

Ok lah kawan-kawan sampai sini je lah cerita tentang twitter scha ye, jumpa di post blog seterusnya... Byeeee

BBM3410/18 : Poster Ekspres πŸ˜‰

Assalamualaikum 

Hai korang ... Apa khabar ? ... Scha doakan semoga sihat-sihat je ye.

Ok... Hari ni scha nak kongsi pengalaman scha dan kawan-kawan saya buat poster dalam masa yang sangat singkat... singkat yang teramat sangat... haha.

Sebenarnya buat poster nie adalah kerja kumpulan untuk subjek minor iaitu Etika dan Moral dalam Penerbitan.  Dan kerja dah lama Dr bagi dan dah siap dah pun sebelum masa nak hantar.

Tapiii....

Kami buat salah, yang kami buat bukannya poster tapi  Risalah kot rasanya sebab terlampau panjang macam karangan... ermmm adakah poster panjang macam karangan?  Hahaha, rasanya poster kami je kot. 

Ok ... Masa nak hantar tu kan, hari jumaat dalam pukul 11 lah macam tu... Dr cakap " ... Kamu rasa ini poster ke ?, tapi kalau nak hantar juga saya takde masalah tapi dah agak kan markah macam mana... Fuhhh ! tak nak Dr, bagi kami masa buat, maka Dr pun bagi masa sampai petang ni je pukul 3... Haaa, korang rasanya... sempat tak tu nak buat ? kawan-kawan lain buat dalam beberapa minggu dan kami pula buat dalam beberapa jam sahaja. 

Maka, dalam keadaan yang kelam kabut dan mengantuk, iyalah panas terik kot time tu so badan pun teras lemah, Tapi kami tak kesah, maka kami pun buatlah... dalam buat tu kan, banyak kali juga lah di tulis lepas tu padam... letak gambar lepas tu buang... fuhhh.... agaknya sempat tak kalau macam tu ? 

Tapi walaupun sukar untuk kami, kami teruskan juga sampai siap...

Buat punya buat ... 

Yesssss !!!!!! akhirnya siap juga 

Taraaaa ... ini lah hasil poster ekspress kami .... hahahah... boleh lah kan.


Dan bila dah siap, dalam pukul 2.40 macam tu, kami pun hantar lah dan Dr cakap " Haa, Lebih baik dari sebelumnya  " hahaha . Fuhhh lega rasanya. 

Ok kawan-kawan... tu lah pengalaman scha dengan kawan-kawan buat poster ekspress 

Sampai sini lah ja lah ye guys... jumpa di next post.

Sunday 11 November 2018

BBM3410/18 : 11.11 ? Apa tu ?

Assalamualaikum ... 

Hai korang... cantik bukan tarikh hari ni 11.11.2018 ? kan kan kan

Scha tau, korang mesti pernah dengar kan ? 11.11 , tak kira lah di dalam tv ke, youtube ke, fb ke, ig kee... pokonya mesti pernah dengar kan. 

Korang tau tak apa tu ?....

Haaa... kebanyakkan yang tahu ni, mesti perempuan kan , sebab ini adalah salah satu benda yang paling paling palinggg perempuan sukaa ( termasuk scha ) .. huhu

Roomate scha pun, tak habis-habis sembang pasal ni tau... Alah Biasalah tu

Ok lah... scha bagitau ye. 

11,11 tu adalah sale online terbesarrrrr di Malaysia tak kira lah di LAZADA ke, SHOPE ke, ape ke ...haha (sebenarnya tu je scha tahu).

Tapi kan... 11.11 nie lah pula masa poket kering, bukan kering sangat setakat duit makan tu adalah, tapi nak shopping tu, terpaksa niat dipendam je. sabarlah nak 

Sebenarnya ada hikmah, supaya scha tak membazir kot... Scha nie, pantang nie dengar sale sale promosi promosi nie... Haaa, boleh tak tidur malam scha dibuatnya.

Lagipun kan Membazir tu kan amalan syaitan ...

Astagafirullahalazim. Semoga kita semua di jauh dari sifat itu.. amin.

Ok lah guys... sampai sini je lah ..... jumpa di next post. 

BBM3410/18 : PITA lagi ....


Assalamualaikum.... 

Hai korang... tengok tajuk pun korang dah tahu, scha akan cerita pasal apa kan ?... ahahaha. Biasalah selagi masih bergelar sseorang student final years maka akan sentiasa di hantui benda alah ni. 

PITA

PITA

PITA  dan pita lagi.... 


Buat apa je pun mesti akan terfikir 

Makan fikir  PITA

Tidur fikir PITA

Mandi fikir PITA, pokoknya semualah benda yang nak buat akan fikir pasal PITA... berhantu betul tau tak benda alah ni. 

Ditambah lagi, dapat penyelia yang sedemikian rupa ( biar scha je tahu), sabarlah nak... dah nasib.

Ermmm ... 

Scha je kot rasanya benda sedemikian, kawan-kawan rasanya rileks je kot, Dorang hampir nak siap dah kot, ... emm iye ke rileks ? ntah lah Allahualam. 

Ok guys ... sekadar luahan je takde kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal... Oopsss... macam filem pula. Hahaha

Sampai sini je lah ya korang.... jumpa di post seterusnya 

Wednesday 7 November 2018

BBM3410/18 : Prof masuk TV Alhijrah

Assalamualaikum ... 


Pada hari Isnin bersamaan 5 November 2018, Prof kami yang comel masuk tv Alhijrah untuk mengupas tajuk "Permartabatan Bahasa Melayu dam Pengharmonian Hubungan Kaum melalui Alam Siber"


Nampak tak kawan-kawan Prof saya tu... haa jangan tengok lain pula macam saya nie, tengok Asryaf Muslim pula ... hahaha, gurau je...


Hebat kan Prof saya nie, sampai masuk tv... rasanya, bukan sekali je Prof masuk tv, dah banyak kali... Tu masuk tv, belum lagi kira berapa banyak buku yang Prof dah tulis dan telah pun diterbitkan. Fuhhh, memang hebatlah Prof ... Saya salute dengan Prof dan Prof adalah salah satu idola saya. 

Untuk Prof... Prof tolong doakan saya akan jadi macam sehebat Prof ye... Aminn.



Friday 2 November 2018

BBM3410/18 : Menyelam Sambil Minum Air

Assalamualaikum...

Mesti pernah dgr peribahsa  menyelam sambil minum air kan? ... dan mesti ramai tau the meaning of this word kan dan mesti ramai yg prnh buat kan kan kan... trmasuklh sis sndiri.

Apa yg sis buat ya ?

Haaa... Sbgai sorng student kena bijak manfaat kn masa , sesungguhnya masa itu emas ... Cehh berkata2 pulak dh

Ok... Sbnrnya sis buat ialah smbil buat video lax smbil tngkap gmbr untuk tugasan prof ... Iaitu tngkap 10kpg gmbr dn post d ig.

Dan inilah hasilnya...

Taraaaaa




Hehehe ... Nie d ladang16 fakulti pertanian... Mmng cantik dan bnyk lembu smpaikn ktrorg smpat beli susu lembu yg fresh , nnti korng dtg lh ldng 16 ye... Besttt

Ok lah guys ... Smpai sini lh ja ya ... Jumpa d next post. πŸ˜ŠπŸ˜„πŸ˜‰πŸ˜…





BBM3410/18 : Cuti bersyaratπŸ‘Œ

Assalamualaikum 

Nak d jdkn cerita mmng menarik sgt...

Nie berkaitan nak kelas ke xnk hari Isnin ni sebab Selasa mmng dh cuti sempena Deepavali kan... So,  smua nak sambung cuti sampai hari Selasa, maknanya cuti midsem + cuti Deepavali + cuti atas prsetujuan semua.  So lama lah jwbnya πŸ˜‰ tp klu nak cuti ada syarat tau ... Kami kena tngkap gmbar tngan πŸ‘Œdan post d ig dan letak #SayaMohonIsninKuliahSecaraOnline tp kena 80 org post mksudnya semua wajib buat. Hahaha


Dan ini adalah gmbr tngn aku , time nie mmng tgh buat kalender so apalg snap ja lah .

Debaran kian terasa menanti slpas pukul 8 untuk mengetahui keputusan smada cuti lulus atau x... Haha

Jawapannya kena buka blog prof 

http://aammwa.blogspot.com/2018/10/bukan-dia-yang-cantik.html?m=1 

Selama aku bljr d upm nie , first time jumpa seorang pensyarah yg chill mcm prof nie. Prof mmng trbaik πŸ‘

Ok guys setakat ni je ... Jumpa di next post ya. 

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts