Thursday 25 October 2018

BBM3410/18 : Detik sebelum MidSem


Cuti... adalah perkataan dan perkara yang sentiasa dinanti-nantikan bukan sahaja oleh orang yang bekerja malah oleh orang yang belajar juga. Malah lagi dasyat penantian dalam kalangan pelajar terutama pengajian peringkat tinggi... huhu kami lah tu. 

29 oktober adalah permulaan untuk cuti pertengahan semester, tapi rasanya khamis dan jumaat iaitu 25/26 oktober adalah permulaan cuti bagi mereka yang tiada kelas dan juga yang kelas dibatalkan. 

Bagi scha pula, cuti pertengahan semester adalah pada hari sabtu iaitu 27 oktober, Namun sebelum tibanya hari cuti itu, scha sangat tertekan kerana terlalu banyak kerja yang perlu disiapkan sebelum mulanya cuti. Antara kerja scha yang perlu disiapkan itu ialah: 

1. Hantar PITA bab 1 hingga 3
2. Buat video one shot
3. Buat video ke4 Lax 
4. Buat assignment kumpualan bagi subjek etika dan moral 
5. Buat borang soal selidik untuk sunjek peristilahan 
6. Update IG 
7. Update Twitter
8. Tulis 3 blog
9. Jumpa SV PITA untuk buat pembetulan
10. 


Tension korang tapi kena juga buat. emmm... Sabar hanya tinggal dua bulan ja lagi semuanya akan berakhir... InshaaAllah.



BBM3410/18 : Adobe Photoshop (kalendar)


Pengalaman membuat kalendar... 

Selama aku hidup di dunia ini selama 24 tahun aku tidak pernah tahu tentang cara membuat kalendar. Selama ini aku fikir membuat kalendar itu perkara yang sangat susah dan tidak mungkin aku boleh buat. 

Namun hikmah aku mengambil subjek multimedia ini aku dapat mempelajari perkara baru dan alhamdulilah aku sudah tahu sedikit ilmu tentang IT.  Dalam mindset aku juga, Ingatkan belajar bahasa ini tidak perlu belajar tentang IT rupanya prof cakap, tanggapan sedemikian adalah salah sama sekali ... kerana dalam dunia serba moden ini, persaingan dalam mendapatkan pekerjaan sangat sengit dan sudah semestinya majikan akan memilih orang yang tidak semestinya memiliki prestasi akademik yang baik tetapi juga harus memiliki pelbagai kemahiran. 

Dan sekarang, saya sudah tahu cara-cara membuat kalendar walaupun kalendar yang saya hasilkan itu tidaklah sempurna mana.... hahahaha yang penting ada kan.. xpe, satu ilmu kalau sentiasa ianya akan bertambah baik. 

Taraaaa.... ini adalah hasil tangan orang bahasa yang baru mempelajari dan mengenali dunia IT. 




Emmm... tak sabar pula rasanya nak buat sampai bulan 12 dan siap sepenuhnya..... hahaha.. seronok wei buat kalendar ini, lagi-lagi semangat bila letak gambar family. Ok takpa korang nanti scha kongsi bila dah siap nanti ya... Ok lah , setakat ini jelah... jumpa di post seterusnya. 

BBM3410/18 : Video One Shot


Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Pada kuliah minggu ke7, prof mendedahkan kami perkara baru yang kami nanti-nantikan sejak minggu lepas iaitu Video.... memang lah dengar biasa je kan, alah video... tapi bagi kami sebagai pelajar prof rasa lain tau sebab kami akan rakam video... video bukan sebarang video tau... video tu kena menepati kriteria yang prof mahukan... iaitu VIDEO ONE SHOT.

Haaa... korang tahu tak apa benda ala tu... mesti tak tahu kan... takpe, biar scha terangkan ye berdasarkan apa scha faham dalam kuliah prof hari tu. 

Ok... Video one shot merupakan pengambilan gambar atau video yang fokus terhadap objek. Kamera berada di hadapan dan tidak akan dianjak dari tempat asal sehingga ianya selesai. Manakala, orang akan memainkan peranan mereka supaya mereka kelihatan berada dalam rakaman video berkenaan. 

Setelah prof terangkan dan tunjukkan contoh video yang mempunyai ciri ciri Video one shot. Kami dikehendaki memilih lagu untuk rakaman video ini. Tugasan ini merupakan tugasan kumpulan. Dan kumpulan kami memilih lagu "Syinta Gila" lagu Safiey Ilias. Kami diberi tempoh selama dua minggu untuk menyiapkan tugasan ini iaitu sehingga lepas cuti pertengahan semester. 

Kami sekumpulan bercadang untuk buat video sebelum cuti pertengahan semester bermula. walaupun kami banyak kerja namun kami tetap berlatih pada malam hari isnin dan rekod video itu pada hari rabu.  Tema pakaian yang kami pilih ialah All Black . 


Ooppss... Tak boleh lah nak tunjuk details nanti tak suprise pula kan. Emm tak sabar pula nak tunggu kuliah lepas cuti nie...  Tak sabar tengok video kawan kawan,  Hihi. .. Mesti hebat hebat kan. 





Thursday 18 October 2018

BBM3410/18 : Throwback time di Bali Indonesia

Assalamualaikum dan selamat petang ...


Tengah buka laptop sebab nak cari gambar nak post kat ig iyalh sebab Prof nak yang berkaitan dengan kata-kata dalam buku 200Quotes tu. Tiba-tiba pula terbuka folder gambar time dekat Bali tahun 2016. Ok mari kita ketahui kenapa saya boleh pergi ke Bali ? huhuhu

Bali Indonesia merupakan lokasi untuk Program Bakti Siswa bagi kelas di bawah bimbingan En Qadry bin Basri dan En Amin. Antara orang yang terlibat ialah 2 pensyarah, 4 pegawai pusat koku dan beberapa orang pelajar yang mengambil kursus berkenaan. 

Pada hari kejadian, kami dikehendaki berkumpul di Komplaks Akademik A, sebelum berangkat ke Lapangan Terbang KL (klia2). 

Gambar bersama pegawai pusat koko

Setelah semuanya suda ada, maka kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu klia2 untuk berangkat ke destinasi sebenar iaitu Bali Indonesia... huhu, korang nak tau tak perasaan time tu ? huu, excited sgt tau tak... hahaha, iyalah first time kan pergi oversea. ( InshaaAllah lepas ni, nak ke tempat lain lagi, kan dah ada passport so senang lah sikit). 





Gambar di Klia2

Gambar di dalam Kapal Terbang sebelum berangkat 

Akhirnya masa yang di nanti-nantikan telah pun tiba. Setelah menempuh 2 setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai di destinasi sebenar Bali Indonesia ...huhu

Gambat di lapangan terbang Bali Indonesia 

Oleh kerana, hari sudah lewat malam maka kami mengambil keputusan untuk bermalam di lapangan terbang Bali. Keesokkan harinya, barulah kami memulakan perjalanan kami ke destianasi seterusnya. Korang tau x, Walaupun penat tapi happy tak terkata U alls. huhuhu. Sear tak sedar, hari pun dah terang, kami pun memulakan perjalanan kami dan lokasi pertama yang kami tuju ialah Universitas Udayana Bali Indonesia.

Gambar di Universitas Udayana Bali Indonesia

Gambar bersama Pensyarah dan pelajar Universitas Udayana Bali Indonesia

Setelah selesai membuat lawatan dan program di Universitas Udayana Bali Indonesia, maka kami pun ke destinasi seterusnya iaitu Restoran tepi Pantai.. apa ntah namanya, lupa dah . ahahha




Huuuu...cantik bukan ?




Taraaa... sedappppp 



Haha...menyempatkan diri 

Setalah selesai makan dan hari pun sudah malam maka kami pun pergi lah ke Hotel, di mana merupakan tempat kami menetap selama 3 hari 2 malam nanti.  Huu, dengar je hotel, rasanya happy pun sebab  mesti ada tempat rehat yang selesa, ada katil yang empuk...iyalah 1 hari 1 malam kot x rasa tidur atas tilam yang empuk...hahaha kesian. 



Jernih kan air kolannya ... huhu

Penat belum redah lagi, awal pagi kami dah pergi ke pantai sebab nak buat senaman dan terapi minda kononnya nak release tension. Semalam dah pantai pagi tu pantai lagi... memang Bali pun Kaya dengan pantai ke ...









BBM3410/18 : Semua ini sebab PITA

Assalamualaikum dan salam sejahtera...



Semua ini sebab PITA ! adalah keluhan dari seorang pelajar yang tengah stress mcm scha nie, huhuhu... Minggu ni merupakan minggu Busy Sedunia, hahaha... sebenarnya scha nak luahkan perasaan scha kat sini. 


Ok mengakulah... sebenarnya scha stress tahap meksimum dah... xdpt nak bendung dah nie... Sebab pita nie semua kerja tergendala. sampai tak dapat nak fokus pada subjek lain... hampir 100% bagi perhatian pada si pita nie. 

ermmm tapi kan tengok kawan-kawan lain, macam rileks je... betulkah tu ? ke hanya pandangan mata kasar, hanya luaran je ... tetap hakikatya jiwa koyak juga tu... huhu... sabarlah nak. 


Ok guys... itu hanya sekadar luahan je... sebagai seorang pelajar ...biasalah kan. harap jangan ada kecaman... ok sekian terima kasih...jumpa di post seterusnya. 

BBM3410/18 : Gambar berkaitan dengan Simpulan Bahasa


Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Pada kuliah minggu ke enam adalah berkaitan dengan Simpulan Bahasa. Setiap kumpulan dihendaki memilih sepuluh simpulan bahasa dan kemudian nya, kami dihendaki untuk mengambil gambar yang memaparkan situasi yang mengambarkan simpulan bahasa tersebut. 

Kumpulan kami iaitu Mawar Produksi sebulat suara untuk memilih simpulan bahasa iaitu : 
  1. puteri lilin 
  2. ulat buku
  3. buruk makan 
  4. bongkok sabut 
  5. ketawa raja 
  6. celik huruf 
  7. suri hati 
  8. pembasuh mulut/pencuci mulut 
  9. wang muka 
  10. buah pena 
Tetapi kami telah menukar beberapa simpulan bahasa kepada simpulan bahasa kami rasa kami boleh buat. Dan gambar-gambar di bawah ini meruapkan hasil kerja kami sekumpulan. 



















Dan hasil kerja kami ini akan kami bentangkan pada hari isnin minggu depan, huhu nervous pula dah. dan paling tak sabar nak tengok hasilkerja kawan-kawan yang lain. mesti power-power kan.

Ok... Sekian sahaja dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya

Thursday 11 October 2018

BBM3410/18 : Bangkit Dari Kegelapan...



Tajuk : Dunia percintaan hanya merugikan 


Gambar sekadar Hiasan ...huhu

Cinta ... 

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih


Ok dah tau apa itu cinta kan?... 

Sekarang saya nak kupaskan mengenai Pengalaman saya semasa bercinta.

Sebagai seorang remaja juga saya sendiri pernah mengalami alam percintaan, jatuh dan bangun, suka dan duka semua itu adalah warna-warni dalam percintaan... lama juga lah dan akhirnya saya sedar semua itu hanya membuang masa saya... dan kini saya sedar bahawa lebih baik saya luangkan masa dengan pengajian dan paling penting saya nak jadikan impian ibu saya tercapai ( melihat saya berjaya). InshaaAllah dan yang paling penting saya tak nak hidup dalam kegelapan yang hanya merugikan saya.

Memang mencapai cinta tu adalah perkara yang baik tapi mencapai cita-cita tu adalah jauh lebih baik sebab tu akan buat kau mampu berdiri teguh tanpa harapkan sandaran daripada insan lain.


Ok sekian dari saya dan jumpa di post seterusnya... 

Wednesday 10 October 2018

BBM3410/18 : My Migrain

Tajuk : Migrain menyerang diriku... 


Assalamualaikum dan selamat petang semua... 


Gambar beberapa tahun lepas ..huhu


Tengok pada tajuk pun korang dah tau saya nak cerita pasal apa kan....  sungguh malang nasib diri ini dikala sedang berperang dengan pita dan assigment tapi dilanda pula sakit kepala yang teramat sakit. Pada awalnya, saya fikir saya kurang tidur dan oleh itu, saya pun tidur lah dengan harapan bila bangun nanti maka hilanglah sakit kepala yang sungguh membebankan diri ini. sebab iyalah kan sedang sibuk memikirkan tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum tarikh akhir hantar. 

Genap 3 hari sakit kepala yang teramat sangat itu setia menemani diriku ini... huhu, siksa wei. Dah macam-macam insiatif saya buat untuk suruh dia pergi tinggalkan daku tapi dia enggan pula, hahaha... dramatik pula dah.  Ubat ! ermmm jangan cakap lah, ubat migrain apa yang tak makan, semua dah makan dah tapi tetap juga tidak hilang.  Hanya mampu berdoa dan bersabar je lah.... 


Ada juga terfikir bahawa banyak kot dosa yang saya dah buat sehingga Allah uji saya macam ni. Munasabah diri kejap.... Iyalah siapa lah kita nak menentukan dosa-dosa kita,
kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah buat dosa, samaada telah menyakitkan hati orang lain ataupun dosa tehadap mahkluk Allah yang lain. 

Selepas tiga hari berlalu, Alhamdulillah sakit kepala yang teramat sakit itu telah pergi meninggalkan diri ini. Bersyukur sangat kerana Allah masih beri peluang pada diri ini untuk bernafas dan bertaubat ... dan saya gembira sebab saya dah boleh tumpukan perhatian terhadap kerja-kerja pengajian saya ini... Alhamdulillah.


Sekian dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya....




BBM3410/18 : FlatLay dan Proses Membuat FlatLay

Assalamualaikum dan selamat petang semua... 


Pada kuliah minggu kelima, kami bertukar tempat kuliah dari Bilik Asyraf ke Dewan Za'ba. Kuliah pada kali ini kami belajar tentang jenis-jenis FlatLay. FlatLay merupakan salah satu kaedah mengambil gambar yang terkini. Kaedah FlatLay ada 4 jenis iaitu: 

1. FlatLay 

Kaedah FlatLay merupakan kaedah yang paling mudah dengan hanya meletakkan barang-barang sedia ada pada tapak rata untuk mengambil gambar dari arah atas. Ianya cukup mudah dan akan menghasilkan gambar yang sangat menarik sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul.

2. Half FlatLay 

Kaedah Half FlatLay merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari atas iaitu 45 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pada tempat atau tapak yang rata. 


3. Quarter FlatLay 

Kaedah Quarter FlatLay merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari bawah iaitu 15 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pad
a tempat atau tapak yang rata. 


4. Zero FlatLay

Kaedah Zero FlatLay pula merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari bawah iaitu 0 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pada tempat atau tapak yang rata. Manakala kamera betul-betul diletakkan di atas lantai atau permukaan di mana tempat mengambil gambar. 


Setelah Prof menerangkan kaedah-kaedah FlatLay tersebut. Kami diberikan tugasan iaitu kami dikehendaki mengambil gambar mengikut kaedah-kaedah tersebut, setiap satu kaedah mempunyai 5 keping gambar dan seterusnya gambar tersebut hendaklah di muatnaik ke dalam Instagram dengan syarat hendak diletakkan hastag: 


#BBM3410FlatLayHalf FlatLay/ Quarter FlatLay/ Zero FlatLay. 

#200Quotes
#ProfDrN
#kapsyenkelakar

Kami diberikan masa sehingga pukul12 tengah hari... Maka bermula lah kami membuat Tugasan ini .



Proses-proses FlatLay 


Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa proses menangkap gambar mengikut kaedah-kaedah diatas tadi. Agak mencabar jugalah tapi Prof cakap kena redha sebab kalau tidak Prof akan tambah banyak lagi kerja.. hahaha ( bukan dah memang banyak ke wahai Prof kesayanganku )... Ok mari kita lihat gambar dibawah ni, kami terpaksa duduk atas lantai dan  ada yang mencangkung demi mendapatkan gambar yang cantik. haha, kelakar kan... 








Dan inilah hasilnya...



FlatLay 

Half FlatLay 

Quarter FlatLay


Zero FlatLay 

Ini hanya salah satu contoh daripada 5keping gambar yang kami tangkap. Kalau nak tengok semua boleh lah jenguk Instagram saya ye @cik_scha94 ... Haa follow tau ...Hihihi

Sekian saja dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya ... 

Tuesday 9 October 2018

BBM3410/18 : Makanan Yang Dirindui



Assalamaulaikum.... 



Hai kawan kawan, bertemu lagi kita pada post kali ini, ok tengok pada tajuk mesti korang dah tau saya nak cerita pasal apa kan ? kan kan kan ? !...  hehehe. Siapa tidak suka makanan, lebih-lebih lagi makanan yang mengena pada selera kita kan. Ok disebabkan saya ini adalah kaum bajau, jadi kat sini saya nak share tentang makanan tradisional masyarakat bajau dan juga adalah makanan yang sangat di rindui pada saat ini oleh seorang insan perantau ini (saya lah tu) hehed. Ermmmm sebelum itu, kawan kawan tau x tentang kaum bajau ? mesti tidak kan.  ok takpe, biar saya jelaskan ye. 


Masyarakat Bajau merupakan salah satu suku kaum majoriti di Sabah. Masyarakat Bajau terbahagi kepada beberapa kumpulan antaranya Bajau Samah yang menetap di bahagian pantai barat Sabah dan Bajau yang menetap di bahagian pantai timur Sabah. Kaum Bajau kebanyakannya tinggal di daerah Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar manakala, kaum Bajau pantai timur Sabah boleh didapati di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


Oooo macam tu .... hehehe ok dah tau kan tentang masyarakat kaum bajau ni. Tapi saya bukan nak cerita tentang itu, saya nak cerita tentang makanan kaum bajau (kegemaran saya tu).... ok jom kita kenali makanan-makanan masyarakat kaum bajau semporna. Kaum Bajau mempunyai beberapa makanan tradisi yang unik dan berlainan dengan kaum lain antaranya ialah:

Pertama iaitu PUTU 

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Putu merupakan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, putu akan dimasak stim atau dikukus. Masyarakat Bajau lazimnya menjadikan putu sebagai makanan asas menggantikan nasi. Putu biasanya dimakan dengan sagol, kima, tayum, tehek-tekeh dan juga dengan ikan bakar. 


Kedua iaitu SAGOL Atau SENAGOL.



Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Makanan ini merupakan isi ikan yang dimasak kunyit, biasanya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol iaitu ikan yu, pari, kihampau, buntal, tombad dan lain-lain. Lazimnya ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dihancurkan dan minyak hati ikan inilah yang memberi rasa kepada makanan ini. Masakan ini dibahagikan kepada dua iaitu berkuah dan tidak berkuah. 


Ketiga iaitu LATOK

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut


Latok atau gelaran yang diberi “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap.


Ok lah rasanya itu sahaja lah nak kongsi, sebenarnya banyak lagi tapi nak buat korang suspen kan, tidak pun korang boleh cari di Mr Google, nanti dia akan bagitau semuanya ...hehehe, gurau jak. Ok lah

Sekian dari saya.... 

Assalamualaikum 

Wednesday 3 October 2018

BBM3410/18 : My PITA


Assalamualaikum ... 


Hai pada post kali agak tidak formal sedikit kerana Prof benarkan kami buat cerita tentang diri atau pengalaman kami tapi masih dalam skop iaitu perkara yang berlaku pada diri kami dalam minggu ini...  Ermmm...  Apa ya... Haaa pita ! Mesti kawan kawan tau apa itu pita... Alah maklumlah bukan namanya mahasiswa kalau tidak kenal apa itu pita, namun begitu,  ada juga kawan kawan saya yang tak sambung belajar bukan sebab apa mungkin mereka nak bekerja pada usia awal kan,  jadi mereka agak kebaruan dengan perkataan PITA ... Tapi tidak apa... Saya akan berikan definisi pita...  Ok... Pita maksudnya... ( PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR )... ermmm disebabkan saya ni adalah pelajar tahun akhir jadi wajiblah bagi saya untuk mengambil kursus ni... Jadi apa kaitannya dengan skop yang prof berikan... Haaa...  Sebenarnya sangat berkait... Iaitu selama seminggu yang prof maksudkan itu adalah hari hari dimana pita sentiasa bermain di fikiran, di ingatan, di hati dan juga di jiwa... Hahaha... Ok tak kelakar pun... Ermmm tapi tulah yang berlaku pada diri ini... Hari hari ku sentiasa dihantui oleh PITA nie... Scary tau tak... Lebih scary dari hantu. 😅😅😅😅😆... Nak tau kenapa scary ... Biarlah kami berlima (kumpulan sv yang sama)  je tahu kenapa scary sangat tu? .



 Nampak tak muka kepenatan tu... huhuhu


Ok lah sekian saja dari saya untuk post kali ini... jumpa di post seterunya... tunggu tau.

Tuesday 2 October 2018

BBM3410/18 : Kerja dalam PutraBlast


Tajuk : Kejadian Minggu Keempat bagi Subjek Multimedia Dalam Bahasa 

Pada minggu ke empat kelas diadakan atas talian, di mana kami di kehendaki menjawab dua soalan yang terdapat di dalam putrablast. ianya berkaitan tentang media sosial yang mana terdapat di dalam bab 1 buku BOOM.  Soalan tersebut berbunyi seperti berikut. 

1. Berikan persepsi anda tentang jenis jenis media sosial/media teknologi yang terdapt dalam bab 1 buku BOOM ( minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan)

2. Pilih salah satu media sosila/media teknologi (bab 1) dan bincangkan (minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut. 


Tugasan tersebut hendaklah dihantar pada hari itu juga iaitu pada pukul 2 hingga 3.


Antara syarat syarat ialah : 



1. emelkan tugasan. drnormaliza@gmail.com
2. tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment).
3. subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama
4. jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu. 
5. anda tidak boleh meniru rakan yang lain. jika didapati sama, 10markah akan ditolak bagi mereka yang meniru. 
6. tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya sebelum masa berakhir dan telah pun menghantarnya tepat pada masanya. 


Tetapi sedih sebab ramai dalam kalangan kami satu kelas tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh prof. Hanya sebilangan kecil sahaja yang peka terhadap arahan prof.  Jadi dengan itu, kami yang lalai dan leka ini menerima hukuaman yang setimpal dengan perbuatan kami itu, iaitu kerja kami tidak diterima dan kami tiada markah untuk tugasan ini, markah tugasan ini adalah sebanyak 10%. 


Kesimpulannya, saya dapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku iaitu lepas ini saya hendaklah lebih peka dengan arahan prof dan tidak memandang mudah jika prof memberikan tugasan. Hal ini kerana, sebelum ini saya pandang mudah terhadap setiap tugasan yang pensyarah lain berikan. 


Sekian dan terima kasih daripada seorang insan yang lalai....

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts