Friday, 7 December 2018

BBM3410/18 : Facebook

Assalamualaikum hai semua... 

Lama tak update blog ye... Sebab prof tak bagi tugasan lagi sebab tu tak update... Haha,  ok tak kelakar. 

Tapi kawan-kawan,  kali ni prof bagi tak kena pada masanya... Tapi,  Sis kena redha walaupun banyak kerja tetap juga kena siapkan... Huhu

Prof suruh kami post dua gambar yang ada muka prof (prof nak femous, saya tahu itu prof)  and then, buat caption berkenanan pengalaman Atau komen berkenaan kelas Prof ni,  MULTIMEDIA DALAM BAHASA. 

Dan gambar kat bawah ni bukti bahawa saya dah tunaikan tugasan Prof dalam kesibukan (hanya diri ini yang faham).  Dan paling penting, bukti bahawa saya REDHA. 




SEKIAN DARI SAYA....  

Wednesday, 5 December 2018

BBM3410/18 : Video Tanpa Wajah

Video tanpa wajah merupakan salah satu teknik merakam video.  Pengambilan video ini hanyalah memerlukan tubuh badan tanpa wajah. Video ini kenalah ada jalan cerita mengikut lagu yang telah ditetapkan.  Jalan cerita haruslah adalah mesej dan pengajaran yang boleh diperolehi oleh penonton.

Ciri - ciri video tanpa wajah ialah :
1. Fokus pada tubuh badan tanpa wajah
2. Ada jalan cerita mengikut lagu
3. Menarik
4. Ada mesej dan pengajaran yang dapat diperolehi.

BBM3410/18 : Video One Shoot



Video one shoot merupakan salah satu cara atau teknik dalam mengambil atau merakam sesuaru video.  Keadaan ini merupakan pengambilan merakam video terhadap satu keadaan atau satu objek. Pengambilan video one shot juga merukan pengambilan gambar atau video yang fokus terhadap satu objek sahaja. 

Kamera atau alat untuk merakam video tersebut akan berada di hadapan dan tidak akan beranjak dari tempat asal sehingga proses merakam video tersebut selesai. Manakala, orang yang berada di dalam video tersebut kenalah memainkan peranan masing-masing supaya video tersebut nampk berfungsi dan menarik perhatian orang ramai, dan yang paling penting memenuhi ciri-ciri none shot. 


Teknik pengambilan atau proses merakam video tanpa menggerakkan kamera atau bapa sahaj alat unrtuk merakam, hanya cukup objek yang bergerak. Terdapat tiga ciri-ciri teknik pengambilam video tersebut iaitu:
1.  Objek bergerak sejajar dengan kamera
2.  Walk In : Objek bergerak mendekati kamera.
3. Walk Away : Objek bergerak menjauhi kamera.


Terdapat jenis jenis dalam teknik pengambilan video tersebut antaranya :

1. One shot one layer
2. One shot two layer 
3. One shot three layer

Layer bermaksud keadaan yang bergerak yang berada dalam video tersebut. 

BBM3410/18 : Papan Cerita (e-majalah)


e-majalah merupakan salah satu media bacaan yang digunakan oleh manusia untuk memenuhi keperluan untuk mendapatkan maklumat. e-majalah juga membantu dalam melicinkan proses pemasaran. 

Terdapat bahagian-bahagian dalam e-majalah, antaranya :

1.  Muka hadapan
2.  Sidang 
3.  Halaman isi
4.  Kulit belakang


BBM3410/18 : Nota Asas Grafik

Asas grafik merupakan perkara asas dalam mempelajari seni grafik. Grafik merupakan kombinasi gambar, lambang, simbol, huruf, perkataan, angka, lakran dan lukisan yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan sesuatu konsep atau idea.  Grafik digunakan untuk memberikan penekanan terhadap suatu maklumat. Contoh penggunaan grafik seperti dlam pengiklanan. Grafik terdiri daripda lima ciri iaitu: 

1. Mudah 
2. Kesesuaian
3. Teks  
4. Warna 
5. Keseimbangan  

Dalam pembelajari seni grafik ciri-ciri tersebut perlulah dikuasi terlebih dahulu. Proses menghasilkan grafik memerlukan bahan-bahan seperti berikut :

1. Majalah terpakai
2. mounting board saiz A4
3. Gunting
4. Gam stick
5. reben
6. Puncher

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts