Pengalaman membuat kalendar...
Selama aku hidup di dunia ini selama 24 tahun aku tidak pernah tahu tentang cara membuat kalendar. Selama ini aku fikir membuat kalendar itu perkara yang sangat susah dan tidak mungkin aku boleh buat.
Namun hikmah aku mengambil subjek multimedia ini aku dapat mempelajari perkara baru dan alhamdulilah aku sudah tahu sedikit ilmu tentang IT. Dalam mindset aku juga, Ingatkan belajar bahasa ini tidak perlu belajar tentang IT rupanya prof cakap, tanggapan sedemikian adalah salah sama sekali ... kerana dalam dunia serba moden ini, persaingan dalam mendapatkan pekerjaan sangat sengit dan sudah semestinya majikan akan memilih orang yang tidak semestinya memiliki prestasi akademik yang baik tetapi juga harus memiliki pelbagai kemahiran.
Dan sekarang, saya sudah tahu cara-cara membuat kalendar walaupun kalendar yang saya hasilkan itu tidaklah sempurna mana.... hahahaha yang penting ada kan.. xpe, satu ilmu kalau sentiasa ianya akan bertambah baik.
Taraaaa.... ini adalah hasil tangan orang bahasa yang baru mempelajari dan mengenali dunia IT.
Emmm... tak sabar pula rasanya nak buat sampai bulan 12 dan siap sepenuhnya..... hahaha.. seronok wei buat kalendar ini, lagi-lagi semangat bila letak gambar family. Ok takpa korang nanti scha kongsi bila dah siap nanti ya... Ok lah , setakat ini jelah... jumpa di post seterusnya.
No comments:
Post a Comment