Tuesday 13 November 2018

BBM3410/18 : My Twitter Story πŸ˜πŸ˜‰✌

Assalamualaikum ... 

Hai korang, sihat kee tidak ?   Harap sihat lah ye dan sentiasa happy jalani kehidupan yang penuh dengan kemisterian ni, Opss apa kena mengena dengan tajuk pula ...ahahaha

Ok korang... 

Kali scha nak cerita pasal akaun twitter scha tau... Alah mesti korang dah tau kan, sebab scha dah tulis kat tajuk tu. hihi, sajooo nak panjangkan post scha nie dan supaya korang baca tak lah bosann. 

      

Ok gambar pertama adalah tentang follower dan following, setakat ni scha ada follower sebanyak 65 dan following sebanyak 78. Sebelum itu, untuk pengetahuan kawan-kawan ini adalah akaun scha yang kedua, akaun pertama scha dh padam, haaa padam ?! ... kenapa padam ? emmm sebenarnya scha nie tak berapa suka main aplikasi twitter nie, tapi disebabkan subjek multimedia dan Prof suruh buka akaun twitter maka scha pun buatlah...  walaupun terpaksa , opsssss, sorry Prof, sis redha Prof. 

Ok manakala gambar kedua pula adalah Profile twitter scha, nama scha (scha guna nama sebenar supaya senang Prof cari dan kenal pasti ini akaun twitter saya), gambar profile pula tu scha letak juga gambar scha bersama Prof (dengan harapan prof bagi markah penuh, bagi saya A ye Prof) hihi. 



Macam biasalah, salah satu kegunaan aplikasi pada masa sekarang adalah salah satu tempat untuk meluahkan perasaan. huhuhu... Gambar 4 dan 5 tu, scha luah perasaan, sikit je  tak banyak pun dan xde kaitan dengan sesiapa pun. 

Dan paling penting, gambar ke 6, scha retweet post kawan scha iaitu c Qinaa, postnya adalah berkaitan kepentingan mengikuti kelas Prof. Scha setuju dengan statement c qinaa nie sebab iyalah pada zaman sekarang nie, persaingan sangat sengit dan paling penting sekarang adalah zaman IT so ilmu IT itu haruslah dikuasi bagi memudahkan kita pada masa akan datang. 


 

Dan gambar-gambar seterunya pun adalah berkaitan luahan perasaan scha dan ada juga post scha tentang cara untuk scha sedarkan diri daripada terus leka untuk jalani tanggungjawab sebagai seorang pelajar tahun akhir, buat PITA lah apa lagi. (Scha tau lah, nanti scha buat juga, emmm )

Gambar kedua terakhir itu, adalah sempena kumpulan scha di puji oleh Prof kononya, adalah salah satu daripada kumpulan yang terbaik dalam pembentangan Video One Shot. Kumpulan Scha ambil lagu Syinta Gila by Safiey Illias dan alhamdullilah menarik perhatian Prof ( itu yang paling penting).

Dan gambar terakhir itu, adalah tentang post scha mengenai kesedaran scha supaya tidak leka, alhamdulillah scha dah sedar, hahaha... dan post itu juga untuk kawan-kawan seperjuangan scha. 

Ok sebagai kesimpulannya, buat masa sekarang post scha tak banyak. Namun ada juga post scha  yang bermanfaat pada diri scha dan kawan-kawan... InshaaAllah... Amin 

Ok lah kawan-kawan sampai sini je lah cerita tentang twitter scha ye, jumpa di post blog seterusnya... Byeeee

No comments:

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts