Thursday, 18 October 2018

BBM3410/18 : Gambar berkaitan dengan Simpulan Bahasa


Assalamualaikum dan selamat petang semua...

Pada kuliah minggu ke enam adalah berkaitan dengan Simpulan Bahasa. Setiap kumpulan dihendaki memilih sepuluh simpulan bahasa dan kemudian nya, kami dihendaki untuk mengambil gambar yang memaparkan situasi yang mengambarkan simpulan bahasa tersebut. 

Kumpulan kami iaitu Mawar Produksi sebulat suara untuk memilih simpulan bahasa iaitu : 
  1. puteri lilin 
  2. ulat buku
  3. buruk makan 
  4. bongkok sabut 
  5. ketawa raja 
  6. celik huruf 
  7. suri hati 
  8. pembasuh mulut/pencuci mulut 
  9. wang muka 
  10. buah pena 
Tetapi kami telah menukar beberapa simpulan bahasa kepada simpulan bahasa kami rasa kami boleh buat. Dan gambar-gambar di bawah ini meruapkan hasil kerja kami sekumpulan. 



















Dan hasil kerja kami ini akan kami bentangkan pada hari isnin minggu depan, huhu nervous pula dah. dan paling tak sabar nak tengok hasilkerja kawan-kawan yang lain. mesti power-power kan.

Ok... Sekian sahaja dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya

Thursday, 11 October 2018

BBM3410/18 : Bangkit Dari Kegelapan...



Tajuk : Dunia percintaan hanya merugikan 


Gambar sekadar Hiasan ...huhu

Cinta ... 

Ramai yang tahu tentang cinta. Ramai yang tahu menyebut perkataan cinta. Ramai yang tahu bagaimana ingin meluahkan kata-kata cinta. Tetapi adakah anda tahu apa itu cinta yang sebenarnya? Di sini saya ingin berkongsi dengan anda tentang apa itu cinta.

Cinta Wujud Sejak Dilahirkan

Rasa cinta sedia wujud di dalam jiwa manusia sejak manusia itu lahir ke dunia. Cuma manusia akan melalui tahap-tahap kelahiran cinta bermula dari cinta kepada belaian ibu, membawa kepada cinta kepada kekasih dan akhirnya setelah puas mencari cinta suci, maka akan cinta kepada Tuhan Wujudnya cinta itu tidak dapat dilihat tapi dapat dirasa dan cinta sebenar cinta itu suci murni serta putih bersih


Ok dah tau apa itu cinta kan?... 

Sekarang saya nak kupaskan mengenai Pengalaman saya semasa bercinta.

Sebagai seorang remaja juga saya sendiri pernah mengalami alam percintaan, jatuh dan bangun, suka dan duka semua itu adalah warna-warni dalam percintaan... lama juga lah dan akhirnya saya sedar semua itu hanya membuang masa saya... dan kini saya sedar bahawa lebih baik saya luangkan masa dengan pengajian dan paling penting saya nak jadikan impian ibu saya tercapai ( melihat saya berjaya). InshaaAllah dan yang paling penting saya tak nak hidup dalam kegelapan yang hanya merugikan saya.

Memang mencapai cinta tu adalah perkara yang baik tapi mencapai cita-cita tu adalah jauh lebih baik sebab tu akan buat kau mampu berdiri teguh tanpa harapkan sandaran daripada insan lain.


Ok sekian dari saya dan jumpa di post seterusnya... 

Wednesday, 10 October 2018

BBM3410/18 : My Migrain

Tajuk : Migrain menyerang diriku... 


Assalamualaikum dan selamat petang semua... 


Gambar beberapa tahun lepas ..huhu


Tengok pada tajuk pun korang dah tau saya nak cerita pasal apa kan....  sungguh malang nasib diri ini dikala sedang berperang dengan pita dan assigment tapi dilanda pula sakit kepala yang teramat sakit. Pada awalnya, saya fikir saya kurang tidur dan oleh itu, saya pun tidur lah dengan harapan bila bangun nanti maka hilanglah sakit kepala yang sungguh membebankan diri ini. sebab iyalah kan sedang sibuk memikirkan tentang kerja-kerja yang perlu disiapkan sebelum tarikh akhir hantar. 

Genap 3 hari sakit kepala yang teramat sangat itu setia menemani diriku ini... huhu, siksa wei. Dah macam-macam insiatif saya buat untuk suruh dia pergi tinggalkan daku tapi dia enggan pula, hahaha... dramatik pula dah.  Ubat ! ermmm jangan cakap lah, ubat migrain apa yang tak makan, semua dah makan dah tapi tetap juga tidak hilang.  Hanya mampu berdoa dan bersabar je lah.... 


Ada juga terfikir bahawa banyak kot dosa yang saya dah buat sehingga Allah uji saya macam ni. Munasabah diri kejap.... Iyalah siapa lah kita nak menentukan dosa-dosa kita,
kadang-kadang tanpa kita sedar kita telah buat dosa, samaada telah menyakitkan hati orang lain ataupun dosa tehadap mahkluk Allah yang lain. 

Selepas tiga hari berlalu, Alhamdulillah sakit kepala yang teramat sakit itu telah pergi meninggalkan diri ini. Bersyukur sangat kerana Allah masih beri peluang pada diri ini untuk bernafas dan bertaubat ... dan saya gembira sebab saya dah boleh tumpukan perhatian terhadap kerja-kerja pengajian saya ini... Alhamdulillah.


Sekian dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya....




BBM3410/18 : FlatLay dan Proses Membuat FlatLay

Assalamualaikum dan selamat petang semua... 


Pada kuliah minggu kelima, kami bertukar tempat kuliah dari Bilik Asyraf ke Dewan Za'ba. Kuliah pada kali ini kami belajar tentang jenis-jenis FlatLay. FlatLay merupakan salah satu kaedah mengambil gambar yang terkini. Kaedah FlatLay ada 4 jenis iaitu: 

1. FlatLay 

Kaedah FlatLay merupakan kaedah yang paling mudah dengan hanya meletakkan barang-barang sedia ada pada tapak rata untuk mengambil gambar dari arah atas. Ianya cukup mudah dan akan menghasilkan gambar yang sangat menarik sekiranya dilakukan dengan teknik yang betul.

2. Half FlatLay 

Kaedah Half FlatLay merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari atas iaitu 45 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pada tempat atau tapak yang rata. 


3. Quarter FlatLay 

Kaedah Quarter FlatLay merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari bawah iaitu 15 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pad
a tempat atau tapak yang rata. 


4. Zero FlatLay

Kaedah Zero FlatLay pula merupakan kaedah yang mana cara mengambil gambar dari bawah iaitu 0 darjah dari bawah. Teknik meletakkan barang tetap sama dengan teknik FlatLay dimana barang-barang hendaklah diletakan pada tempat atau tapak yang rata. Manakala kamera betul-betul diletakkan di atas lantai atau permukaan di mana tempat mengambil gambar. 


Setelah Prof menerangkan kaedah-kaedah FlatLay tersebut. Kami diberikan tugasan iaitu kami dikehendaki mengambil gambar mengikut kaedah-kaedah tersebut, setiap satu kaedah mempunyai 5 keping gambar dan seterusnya gambar tersebut hendaklah di muatnaik ke dalam Instagram dengan syarat hendak diletakkan hastag: 


#BBM3410FlatLayHalf FlatLay/ Quarter FlatLay/ Zero FlatLay. 

#200Quotes
#ProfDrN
#kapsyenkelakar

Kami diberikan masa sehingga pukul12 tengah hari... Maka bermula lah kami membuat Tugasan ini .



Proses-proses FlatLay 


Dibawah ini adalah gambar-gambar semasa proses menangkap gambar mengikut kaedah-kaedah diatas tadi. Agak mencabar jugalah tapi Prof cakap kena redha sebab kalau tidak Prof akan tambah banyak lagi kerja.. hahaha ( bukan dah memang banyak ke wahai Prof kesayanganku )... Ok mari kita lihat gambar dibawah ni, kami terpaksa duduk atas lantai dan  ada yang mencangkung demi mendapatkan gambar yang cantik. haha, kelakar kan... 








Dan inilah hasilnya...



FlatLay 

Half FlatLay 

Quarter FlatLay


Zero FlatLay 

Ini hanya salah satu contoh daripada 5keping gambar yang kami tangkap. Kalau nak tengok semua boleh lah jenguk Instagram saya ye @cik_scha94 ... Haa follow tau ...Hihihi

Sekian saja dari saya dan jumpa lagi di post seterusnya ... 

Tuesday, 9 October 2018

BBM3410/18 : Makanan Yang Dirindui



Assalamaulaikum.... 



Hai kawan kawan, bertemu lagi kita pada post kali ini, ok tengok pada tajuk mesti korang dah tau saya nak cerita pasal apa kan ? kan kan kan ? !...  hehehe. Siapa tidak suka makanan, lebih-lebih lagi makanan yang mengena pada selera kita kan. Ok disebabkan saya ini adalah kaum bajau, jadi kat sini saya nak share tentang makanan tradisional masyarakat bajau dan juga adalah makanan yang sangat di rindui pada saat ini oleh seorang insan perantau ini (saya lah tu) hehed. Ermmmm sebelum itu, kawan kawan tau x tentang kaum bajau ? mesti tidak kan.  ok takpe, biar saya jelaskan ye. 


Masyarakat Bajau merupakan salah satu suku kaum majoriti di Sabah. Masyarakat Bajau terbahagi kepada beberapa kumpulan antaranya Bajau Samah yang menetap di bahagian pantai barat Sabah dan Bajau yang menetap di bahagian pantai timur Sabah. Kaum Bajau kebanyakannya tinggal di daerah Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar manakala, kaum Bajau pantai timur Sabah boleh didapati di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


Oooo macam tu .... hehehe ok dah tau kan tentang masyarakat kaum bajau ni. Tapi saya bukan nak cerita tentang itu, saya nak cerita tentang makanan kaum bajau (kegemaran saya tu).... ok jom kita kenali makanan-makanan masyarakat kaum bajau semporna. Kaum Bajau mempunyai beberapa makanan tradisi yang unik dan berlainan dengan kaum lain antaranya ialah:

Pertama iaitu PUTU 

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Putu merupakan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, putu akan dimasak stim atau dikukus. Masyarakat Bajau lazimnya menjadikan putu sebagai makanan asas menggantikan nasi. Putu biasanya dimakan dengan sagol, kima, tayum, tehek-tekeh dan juga dengan ikan bakar. 


Kedua iaitu SAGOL Atau SENAGOL.



Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Makanan ini merupakan isi ikan yang dimasak kunyit, biasanya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol iaitu ikan yu, pari, kihampau, buntal, tombad dan lain-lain. Lazimnya ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dihancurkan dan minyak hati ikan inilah yang memberi rasa kepada makanan ini. Masakan ini dibahagikan kepada dua iaitu berkuah dan tidak berkuah. 


Ketiga iaitu LATOK

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut


Latok atau gelaran yang diberi “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap.


Ok lah rasanya itu sahaja lah nak kongsi, sebenarnya banyak lagi tapi nak buat korang suspen kan, tidak pun korang boleh cari di Mr Google, nanti dia akan bagitau semuanya ...hehehe, gurau jak. Ok lah

Sekian dari saya.... 

Assalamualaikum 

Wednesday, 3 October 2018

BBM3410/18 : My PITA


Assalamualaikum ... 


Hai pada post kali agak tidak formal sedikit kerana Prof benarkan kami buat cerita tentang diri atau pengalaman kami tapi masih dalam skop iaitu perkara yang berlaku pada diri kami dalam minggu ini...  Ermmm...  Apa ya... Haaa pita ! Mesti kawan kawan tau apa itu pita... Alah maklumlah bukan namanya mahasiswa kalau tidak kenal apa itu pita, namun begitu,  ada juga kawan kawan saya yang tak sambung belajar bukan sebab apa mungkin mereka nak bekerja pada usia awal kan,  jadi mereka agak kebaruan dengan perkataan PITA ... Tapi tidak apa... Saya akan berikan definisi pita...  Ok... Pita maksudnya... ( PROJEK ILMIAH TAHUN AKHIR )... ermmm disebabkan saya ni adalah pelajar tahun akhir jadi wajiblah bagi saya untuk mengambil kursus ni... Jadi apa kaitannya dengan skop yang prof berikan... Haaa...  Sebenarnya sangat berkait... Iaitu selama seminggu yang prof maksudkan itu adalah hari hari dimana pita sentiasa bermain di fikiran, di ingatan, di hati dan juga di jiwa... Hahaha... Ok tak kelakar pun... Ermmm tapi tulah yang berlaku pada diri ini... Hari hari ku sentiasa dihantui oleh PITA nie... Scary tau tak... Lebih scary dari hantu. 😅😅😅😅😆... Nak tau kenapa scary ... Biarlah kami berlima (kumpulan sv yang sama)  je tahu kenapa scary sangat tu? .



 Nampak tak muka kepenatan tu... huhuhu


Ok lah sekian saja dari saya untuk post kali ini... jumpa di post seterunya... tunggu tau.

Tuesday, 2 October 2018

BBM3410/18 : Kerja dalam PutraBlast


Tajuk : Kejadian Minggu Keempat bagi Subjek Multimedia Dalam Bahasa 

Pada minggu ke empat kelas diadakan atas talian, di mana kami di kehendaki menjawab dua soalan yang terdapat di dalam putrablast. ianya berkaitan tentang media sosial yang mana terdapat di dalam bab 1 buku BOOM.  Soalan tersebut berbunyi seperti berikut. 

1. Berikan persepsi anda tentang jenis jenis media sosial/media teknologi yang terdapt dalam bab 1 buku BOOM ( minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan)

2. Pilih salah satu media sosila/media teknologi (bab 1) dan bincangkan (minima 100 patah perkataan, miksima 150 patah perkataan) bagaimana anda menggunakan teknologi tersebut. 


Tugasan tersebut hendaklah dihantar pada hari itu juga iaitu pada pukul 2 hingga 3.


Antara syarat syarat ialah : 



1. emelkan tugasan. drnormaliza@gmail.com
2. tugasan di copypaste ke dalam emel (tidak perlu attachment).
3. subjek emel seperti berikut: Tugasan individu bbm3410 : nama
4. jika tidak mengikut arahan, emel anda akan dipadam dan tiada markah individu. 
5. anda tidak boleh meniru rakan yang lain. jika didapati sama, 10markah akan ditolak bagi mereka yang meniru. 
6. tugasan boleh emel pada pukul 2- 3 petang SAHAJA. jika awal atau lambat, emel anda akan dipadam dan tiada markah untuk tugasan ini. 

Alhamdulillah, saya dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya sebelum masa berakhir dan telah pun menghantarnya tepat pada masanya. 


Tetapi sedih sebab ramai dalam kalangan kami satu kelas tidak mematuhi arahan yang diberikan oleh prof. Hanya sebilangan kecil sahaja yang peka terhadap arahan prof.  Jadi dengan itu, kami yang lalai dan leka ini menerima hukuaman yang setimpal dengan perbuatan kami itu, iaitu kerja kami tidak diterima dan kami tiada markah untuk tugasan ini, markah tugasan ini adalah sebanyak 10%. 


Kesimpulannya, saya dapat pengajaran daripada apa yang telah berlaku iaitu lepas ini saya hendaklah lebih peka dengan arahan prof dan tidak memandang mudah jika prof memberikan tugasan. Hal ini kerana, sebelum ini saya pandang mudah terhadap setiap tugasan yang pensyarah lain berikan. 


Sekian dan terima kasih daripada seorang insan yang lalai....

BBM3410/18 : Pesta Makanan Tradisional Melayu


Tajuk : Pesta Makanan Tradisional Melayu

Pada minggu ketiga kami di kehendaki menglibatkan  diri dalam acara Pesta Makanan Tradisional Melayu, yang bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi.


Pada awal pagi sekitar pukul 8,  saya dan rakan rakan berada di dewan untuk menghadiri acara perasmian pesta makanan itu. 



Gambar acara perasmian Pesta Makanan dan Tradisional. 

Setelah selesai, kami pergi ke tempat di mana pesta makanan itu diadakan. Kami di beri tugasan untuk mengambil gambar sebanyak sepuluh keping untuk di buat naik ke media sosial iaitu Instagram. 


Gambar bersama Prof Dr Normaliza Abd Rahim 


Gambar bersama Dr Azlina Mohd Kiram 

Gambar bersama Dr Asnah 


 Gambar bersama semua ahli kumpulan

Seronok tidak terhingga bila dengar perkataan 'makanan'... Hahaha... Ibarat peluang keemasan yang datang tanpa di undang... Ok gurau je tau... Sebenarnya tidak obses sangat pun... Ok sekian. 

Tuesday, 25 September 2018

BBM3410/18 : Ciri-ciri Fotografi



Tajuk : Cerita kuliah minggu kedua 


Pada kuliah minggu kedua adalah berkenaan Fotografik. Kami belajar tajuk kedua iaitu ciri ciri fotografik.  Prof menerangkan satu persatu ciri ciri tersebut dan cara mengambil gambar supaya memenuhi ciri ciri. 


Antara ciri-ciri fotografik ialah : 


1. 
Log shot


2. Mug shot


3. Medium shot 

4. Potrait

5. Bird's eye view


6. Over the shoulder


Semua gambar tersebut adalah hasil tangan kami satu kumpulan.  Kami telah bahagikan tugas dan kumpulan kecil agar tugasan dapat kami laksanakan dengan jayanya dan memenuhi permintaan prof.
Kami diberikan 3 tugasan iaitu :


1. Upload di Instagram gambar yang bercirikan ciri-ciri fotografik seperti diatas.  Setiap satu ciri mempunyai 3 gambar yang berlainan. Gambar tersebut hendaklah mempunyai #hastag seperti berikut:

#BBM3410Fotografik
#200Quotes
#ProfDrN
#Kelakar

2.  Upload 10 gambar di Instagram  Sempena Pesta Makanan Tradisional Melayu yang bertempat di Fakulti Bahasa Moden dan Kominikasi.  Gambar tersebut hendaklah mempunyai #hastag seperti berikut:

#BBM3410PestaMakanan
#200Quotes
#ProfDrN
#Kelakar

3.  Upload 10 gambar Asas Grafik di Instagram.  Gambar tersebut hendaklah mempunyai #hastag seperti berikut:

#BBM3410AsasGrafik
#200Quotes
#ProfDrN
#Kelakar

Dan semua tugasan tersebut mempunyai tarikh akhir untuk hantar. 







BBM3410/18 : Asas Grafik


Tajuk : Cerita kuliah minggu pertama untuk kurus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa.


Pada minggu pertama kuliah untuk subjek ini, bagi saya sangat menyeramkan kerana prof kelihatan sangat garang dan tegas. Saya beranggapan sedemikian juga kerana ini adalag kali pertama saya memgikuti kelas prof. 

Kami diberi arahan untuk persediaan menghadapi subjek ini selama 14 minggu nanti. Antara arahan atau peringatan tersebut ialah tidak dibenarkan ponteng kelas dan hendaklah membawa buku teks pada setiap kelas kursus ini. 


Setelah itu, prof memberikan kuliah berkenaan Asas Grafik kepada kami. Asas grafik terdiri daripda lima iaitu: 

1. Mudah

2. Kesesuaian
3. Teks


4. Warna



5. Keseimbangan




Dan setelah selesai kami diberikan tugasan iaitu membuat Grafik. Kami diarahkan membentuk kumpulan, setiap kumpulan terdiri daripada 10 orang ahli. Prof memberikan maklumat tentang cara membuat asas grafik itu, dan bahan-bahan yang diperlukan. Antara bahan-bahan tersebut ialah: 



1. Majalah
2. mounting board
3. Gunting
4. Gam stick
5. reben
6. Puncher

Selesai kuliah,  saya sedar bahawa sangkaan saya terhadap kelas dan prof adalah salah sama sekali.  Kelas ini sangat menyeronokkan kerana akan belajar benda baharu lebih-lebih benda yang selama ini saya fikir sangat mudah iaitu cara membuat grafik. 






BBM3410/18 : Tentang diriku


Assalamualaikum wbt kepada Prof Dr Normaliza binti Abd Rahim dan rakan-rakan...


Salam perkenalan, sebelum saya memperkenalkan diri saya, saya ingin panjatkan syukur ke hadrat illahi kerana masih di beri peluang untuk bernafas di muka bumi ini sehingga ke hari ini. 



Nama saya Sitti Aisah binti Kora, umur saya 24 tahun. Tarikh lahir saya ialah 29 Ogos 1994. Saya berasal dari negeri Sabah, daerah Semporna. Saya merupakan anak ke empat daripada tujuh orang adik beradik. Saya tinggal dengan ibu semenjak darjah tiga lagi dan dari itu juga ayah telah meninggalkan kami sekeluarga. Saya seorang yang agak pemalu tetapi apabila dah kenal saya agak periang dan peramah.

Saya merupakan pelajar Universiti Putra Malaysia yang mengambil kursus Major Bahasa dan Linguistik Melayu dan Minor Penulisan di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Saya memegang nombor matrik 185364. Pada tahun ini saya merupakan pelajar tahun akhir dan akan menamatkan pengajian dan bergraduet pada tahun depan iaitu pada bulan 10. 

Saya selaku pelajar yang mengambil kursus BBM3410 Multimedia dalam Bahasa. Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih kepada prof kerana memberi peluang untuk mempelajari kursus ini. Kursus ini sangat bermanfaat kepada kami selaku pelajar yang bakal menamatkan pengajian dan akan memasuki alam pekerjaan yang kian mencabar, rententan kecanggihan yang berlaku. Oleh itu, Pentingnya untuk kami menguasai ilmu ini. 


Sekian dan terima kasih... 

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts