Tuesday 9 October 2018

BBM3410/18 : Makanan Yang Dirindui



Assalamaulaikum.... 



Hai kawan kawan, bertemu lagi kita pada post kali ini, ok tengok pada tajuk mesti korang dah tau saya nak cerita pasal apa kan ? kan kan kan ? !...  hehehe. Siapa tidak suka makanan, lebih-lebih lagi makanan yang mengena pada selera kita kan. Ok disebabkan saya ini adalah kaum bajau, jadi kat sini saya nak share tentang makanan tradisional masyarakat bajau dan juga adalah makanan yang sangat di rindui pada saat ini oleh seorang insan perantau ini (saya lah tu) hehed. Ermmmm sebelum itu, kawan kawan tau x tentang kaum bajau ? mesti tidak kan.  ok takpe, biar saya jelaskan ye. 


Masyarakat Bajau merupakan salah satu suku kaum majoriti di Sabah. Masyarakat Bajau terbahagi kepada beberapa kumpulan antaranya Bajau Samah yang menetap di bahagian pantai barat Sabah dan Bajau yang menetap di bahagian pantai timur Sabah. Kaum Bajau kebanyakannya tinggal di daerah Putatan, Tuaran, Kota Marudu, Kota Belud dan Papar manakala, kaum Bajau pantai timur Sabah boleh didapati di sekitar Kudat, Sandakan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau.


Oooo macam tu .... hehehe ok dah tau kan tentang masyarakat kaum bajau ni. Tapi saya bukan nak cerita tentang itu, saya nak cerita tentang makanan kaum bajau (kegemaran saya tu).... ok jom kita kenali makanan-makanan masyarakat kaum bajau semporna. Kaum Bajau mempunyai beberapa makanan tradisi yang unik dan berlainan dengan kaum lain antaranya ialah:

Pertama iaitu PUTU 

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Putu merupakan makanan yang agak popular dalam kalangan masyarakat Bajau di daerah Semporna. Makanan ini berasaskan ubi kayu yang sudah diparut dan diperah airnya, putu akan dimasak stim atau dikukus. Masyarakat Bajau lazimnya menjadikan putu sebagai makanan asas menggantikan nasi. Putu biasanya dimakan dengan sagol, kima, tayum, tehek-tekeh dan juga dengan ikan bakar. 


Kedua iaitu SAGOL Atau SENAGOL.



Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut

Makanan ini merupakan isi ikan yang dimasak kunyit, biasanya hanya beberapa jenis ikan sahaja yang boleh dimasak sagol iaitu ikan yu, pari, kihampau, buntal, tombad dan lain-lain. Lazimnya ikan akan dicelur atau dimasak separuh masak bagi memudahkan isi ikan dihancurkan. Hati ikan akan dihancurkan dan minyak hati ikan inilah yang memberi rasa kepada makanan ini. Masakan ini dibahagikan kepada dua iaitu berkuah dan tidak berkuah. 


Ketiga iaitu LATOK

Hasil carian imej untuk makanan tradisional bajau laut


Latok atau gelaran yang diberi “Anggur Laut” merupakan sejenis tumbuhan laut menyerupai anggur berwarna hijau yang kecil saiznya. Latok boleh didapati di mana-mana pasar di Sabah dan juga dihidangkan di mana-mana restoran seafood di Sabah. Rasanya yang sedikit masin enak dimakan bersama sambal, ikan bakar dan nasi yang masih panas. Tumbuhan laut perlu dielakkan dari terkena cahaya matahari agar ianya tidak layu. Apabila Latok layu, rasanya akan menjadi tidak sedap.


Ok lah rasanya itu sahaja lah nak kongsi, sebenarnya banyak lagi tapi nak buat korang suspen kan, tidak pun korang boleh cari di Mr Google, nanti dia akan bagitau semuanya ...hehehe, gurau jak. Ok lah

Sekian dari saya.... 

Assalamualaikum 

No comments:

BBM3410/18 : Facebook

Popular Posts