Assalamualaikum dan selamat petang ...
Tengah buka laptop sebab nak cari gambar nak post kat ig iyalh sebab Prof nak yang berkaitan dengan kata-kata dalam buku 200Quotes tu. Tiba-tiba pula terbuka folder gambar time dekat Bali tahun 2016. Ok mari kita ketahui kenapa saya boleh pergi ke Bali ? huhuhu
Bali Indonesia merupakan lokasi untuk Program Bakti Siswa bagi kelas di bawah bimbingan En Qadry bin Basri dan En Amin. Antara orang yang terlibat ialah 2 pensyarah, 4 pegawai pusat koku dan beberapa orang pelajar yang mengambil kursus berkenaan.
Pada hari kejadian, kami dikehendaki berkumpul di Komplaks Akademik A, sebelum berangkat ke Lapangan Terbang KL (klia2).
Gambar bersama pegawai pusat koko
Setelah semuanya suda ada, maka kami pun memulakan perjalanan ke destinasi pertama iaitu klia2 untuk berangkat ke destinasi sebenar iaitu Bali Indonesia... huhu, korang nak tau tak perasaan time tu ? huu, excited sgt tau tak... hahaha, iyalah first time kan pergi oversea. ( InshaaAllah lepas ni, nak ke tempat lain lagi, kan dah ada passport so senang lah sikit).
Gambar di Klia2
Gambar di dalam Kapal Terbang sebelum berangkat
Akhirnya masa yang di nanti-nantikan telah pun tiba. Setelah menempuh 2 setengah jam perjalanan, akhirnya kami sampai di destinasi sebenar Bali Indonesia ...huhu
Gambat di lapangan terbang Bali Indonesia
Oleh kerana, hari sudah lewat malam maka kami mengambil keputusan untuk bermalam di lapangan terbang Bali. Keesokkan harinya, barulah kami memulakan perjalanan kami ke destianasi seterusnya. Korang tau x, Walaupun penat tapi happy tak terkata U alls. huhuhu. Sear tak sedar, hari pun dah terang, kami pun memulakan perjalanan kami dan lokasi pertama yang kami tuju ialah Universitas Udayana Bali Indonesia.
Gambar di Universitas Udayana Bali Indonesia
Gambar bersama Pensyarah dan pelajar Universitas Udayana Bali Indonesia
Setelah selesai membuat lawatan dan program di Universitas Udayana Bali Indonesia, maka kami pun ke destinasi seterusnya iaitu Restoran tepi Pantai.. apa ntah namanya, lupa dah . ahahha
Huuuu...cantik bukan ?
Taraaa... sedappppp
Haha...menyempatkan diri
Setalah selesai makan dan hari pun sudah malam maka kami pun pergi lah ke Hotel, di mana merupakan tempat kami menetap selama 3 hari 2 malam nanti. Huu, dengar je hotel, rasanya happy pun sebab mesti ada tempat rehat yang selesa, ada katil yang empuk...iyalah 1 hari 1 malam kot x rasa tidur atas tilam yang empuk...hahaha kesian.
Jernih kan air kolannya ... huhu
Penat belum redah lagi, awal pagi kami dah pergi ke pantai sebab nak buat senaman dan terapi minda kononnya nak release tension. Semalam dah pantai pagi tu pantai lagi... memang Bali pun Kaya dengan pantai ke ...